Pesawat C-130 TUDM sertai operasi kesan serpihan

2017-12-06 0

Dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai operasi antarabangsa mencari MH370 berlepas dari Perth ke lokasi beberapa imej dikesan satelit.

Ketua Tentera Laut Australia, Naib Laksamana Ray Griggs memaklumkan fokus pencarian tertumpu kepada usaha mengesan sebarang serpihan yang mungkin ada kaitan dengan MH370.