Seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan yang dibuat adalah tidak popular.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata krisis lazimnya tidak berlaku secara sendiri dan seorang pemimpin mesti meneliti puncanya.