FGV sasar pendapatan RM100 bilion

2017-12-06 1

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mensasarkan peningkatan pendapatan kepada RM100 bilion dalam tempoh 6 tahun seterusnya menjadikan syarikat itu antara 10 syarikat utama di peringkat global. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata sasaran itu juga bagi membantu meningkatkan daya saing global FGV.