Syarikat pengangkutan Konsortium E-Mutiara berhad telah menambah empat buah bas bertingkat lagi bagi menampung keperluan pelanggan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, empat buah bas yang baru didaftarkan itu membabitkan kos empat juta ringgit.