MAHB bakal jadi peneraju wujudkan bandar lapangan terbang

2017-12-06 0

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menetapkan wawasannya untuk menjadi peneraju global dalam mewujudkan bandar lapangan terbang.
Pengerusinya Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata MAHB telah membangunkan strategi perniagaan dengan sewajarnya, dengan memberi tumpuan dalam penyediaan pengalaman menarik buat penumpang. Antara usaha lain termasuk membina perkongsian yang berjaya, menyediakan penyambungan digital dan pengangkutan secara menyeluruh, mempelbagaikan asas perniagaan bukan aeronautik serta melestarikan alam sekitar dan masyarakat.

Free Traffic Exchange