Kerajaan seru GLC, swasta bantu usahawan

2017-12-06 0

Kerajaan kini dalam perbincangan dengan syarikat berkaitan kerjaan (GLC) dan pihak swasta untuk melabur dalam syarikat permulaan. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, dengan adanya kerjasama dua entiti ini, ia mampu melonjakkan lagi pembangunan serta penyertaan usahawan di negara ini.