Polis menahan seorang pemandu lori yang melarikan diri selepas merempuh sebuah kereta sehingga menyebabkan kematian seorang wanita sarat mengandung di persimpangan lampu isyarat Jalan Masai Baru, Johor Bahru. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), ACP Sulaiman Salleh berkata, suspek berusia 60-an itu akan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.