Polis menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran 2 lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas bahasa tamil dan matematik.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata 2 laporan polis berhubung kebocoran 2 kertas itu dibuat pagi Ahad oleh Pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.