Mahkamah Illinois, Amerika Syarikat, menolak permohonan sebuah firma guaman negara itu, untuk memperoleh reka bentuk pembinaan pesawat dari Boeing Co dan Malaysia Airlines, MAS berhubung insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu. Hakim Kathy Flanagan turut memberi amaran akan mengenakan sekatan terhadap syarikat guaman berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered yang sebelum ini pernah memfailkan petisyen sama berhubung nahas Asiana Airlines yang terhempas pada tahun lalu di San Francisco.