SME Bank menawarkan pinjaman maksimum RM 100 ribu untuk usahawan muda memulakan perniagaan dalam menyahut seruan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Program dikenali sebagai Pembiayaan Usahawan Muda (YEP) bertujuan menyediakan modal dan bimbingan kepada golongan muda berusia bawah 30 tahun untuk memulakan perniagaan.