Hasrat seorang pemuda warga Indonesia yang mahu mengumpul wang untuk membeli kelengkapan hari raya tidak kesampaian bila ditahan ketika sedang leka bermain judi. Serbuan serentak itu dilakukan polis di dua premis judi di Paya Terubong, Pulau Pinang, malam tadi.