Jenazah Allahyarham seniman negara, Datuk Aziz Sattar telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn pada pukul 2.10 petang Selasa.
Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Selasa akibat serangan jantung selepas dirawat di unit rawatan koronari (CCU) Hospital Pakar KPJ Kajang sejak 4 Mei lepas.