Ini mungkin satu peringatan buat mereka yang berniaga mercun dan bunga api di laman media sosial. Polis menahan seorang lelaki yang mempromosi serta menjual mercun melalui Facebook dalam satu serbuan di rumahnya di Beserah, Kuantan pada petang Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Azizan Mohd Isa memaklumkan, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Adam Danial' itu dikesan mempromosi bahan terlarang berkenaan pada 8 Julai lalu.