Sementara itu, 25 peserta akhir program SUPERB turut menerima kata-kata semangat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka adalah usahawan muda terpilih daripada 1,800 permohonan untuk meraih dana di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).