13,000 rumah mampu milik dibina di WPKL

2017-12-06 0

Sebanyak 13 ribu lagi rumah mampu milik akan dibina di kawasan strategik di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, harga rumah itu dianggarkan kurang daripada RM300,000 seunit dengan keluasan binaan dalaman minimum 800 kaki persegi.