Cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah sistem percukaian yang progresif dan pengenalannya bukanlah untuk membebankan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerangan berhubung GST, yang sudah dilaksanakan kira-kira 90 peratus membabitkan negara di dunia, perlu dipertingkatkan supaya rakyat benar-benar faham dan tidak membantah secara melulu tanpa mengetahui tujuan dan asas sistem pencukaian berkenaan.