Usaha dekati 15,000 pengundi muda di Kajang

2017-12-06 0

Pergerakan Pemuda UMNO sudah mengenal pasti kira-kira 15 ribu pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pelbagai program khusus untuk golongan muda sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang telah dirancang dan hanya menunggu waktu yang sesuai untuk dilaksanakan.

Beliau menambah walaupun kempen secara rasmi belum bermula namun Pergerakan Pemuda telah bertemu dengan golongan akar umbi dan mengatur strategi bagi memastikan golongan muda memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

Sila klik video untuk berita selanjutnya.