RM300 juta untuk pembangunan Tasik Kenyir

2017-12-06 2

Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan kos lebih RM 300 juta bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan terutama di pintu masuk di Sungai Gawi.

Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia bakal menambat hati pengunjung terutama pelancong asing ke lokasi yang bakal dijadikan kawasan bebas cukai pertama di dunia menjelang September tahun depan.