Australia belum putus peranan di Iraq

2017-12-06 1

Dalam pada itu, Australia terus enggan menyatakan secara terbuka berhubung peranannya dalam membantu mengerahkan pasukan tentera ke Iraq.

Menteri pertahanan, David Johnston berkata pada masa ini negara berkenaan cuma menyediakan bantuan kemanusiaan kepada kumpulan pelarian yang terperangkap di kawasan pergunungan barat laut Iraq.

Sebelum ini perdana menteri Australia, Tony Abott berkata, Canberra tidak menolak kemungkinan untuk turut sama melancarkan tindakan ketenteraan di Iraq bagi melindungi orang awam daripada serangan kumpulan negara Iraq dan jajahannya, ISIL.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.