Airasia X Bhd akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM 2.1 bilion pada 2014 sebagai perbelanjaan modal untuk membeli 7 pesawat Airbus A330-300 baru.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman Rani, setakat ini, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu telah menerima 3 pesawat.
Selebihnya akan diserahkan secara berperingkat pada akhir tahun.