Operasi mencari disambung semula hari ini

2017-12-06 0

Operasi mencari objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370, disambung semula hari ini selepas keadaan cuaca beransur pulih di lokasi pencarian di selatan Lautan Hindi. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, AMSA berkata Operasi Mencari MH370 bersambung semula awal pagi ini dengan beberapa petunjuk baru termasuk imej satelit Thailand dan Jepun dilapor mengesan sejumlah besar objek terapung di kawasan laut Barat Daya Perth.