Kelab mewah Paris Saint-Germain (PSG) nampaknya tewas buat kali kedua musim ini selepas dibenam gergasi Jerman, Bayern Munich awal pagi tadi.
PSG tewas 1-3 kepada Bayern pada aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah di mana kedua pasukan ini sudah layak ke peringkat kalah mati.
dua gol Corentin Tolisso dan satu gol Robert Lewandowski memastikan Bayern membalas dendam selepas dimalukan 0-3 pada pertemuan pertama sebelum ini.
Gol tunggal PSG dijaringkan Kylian Mbappe. PSG sebelum ini tewas mengejut ketika aksi Liga satu Perancis kepada RC Strasbourg Alsace 1-2 pada hujung minggu lalu.