Kiosk bantuan polis bantu orang ramai dapat maklumat

2017-12-06 2

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memasang kiosk-kiosk interaktif bagi membantu orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan dan bantuan polis.

Jabatan Logistik PDRM sedang mengenalpasti kawasan tumpuan ramai khususnya pelancong tempatan dan luar negara untuk meletakkan kemudahan itu.