Perancangan teliti Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan rahsia utama kemenangan pada Pilihan Raya Kecil, PRK Teluk Intan Sabtu lalu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ia kunci yang membolehkan presiden gerakan, Datuk Mah Siew Keong merampas kembali kerusi itu daripada DAP.