Bulan Ramadhan menyaksikan kewujudan banyak bazar yang menawarkan pelbagai juadah menu berbuka. Bagi mereka yang gemarkan kelainan, sajian buffet yang kini menjadi kebiasaan turut menjadi pilihan. Tidak ketinggalan, Felda D'saji menawarkan pakej berbuka puasa yang menyajikan pelbagai pilihan menu daripada resipi tradisional melayu dan antarabangsa dengan harga berpatutan. Bagi membincangkannya dengan lebih lanjut, bersama kita di studio ialah Pengurus Besar Felda D'saji, Encik Azman Ramli.