Aidilfitri: Bekalan minyak dijamin mencukupi

2017-12-06 0

Minyak masak semasa musim perayaan Aidilfitri nanti dijamin mencukupi.

Jaminan dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

Jaminan diperoleh daripada pengeluar, pengilang, pemborong dan persatuan terbabit semasa mesyuarat bersama kementerian perusahaan perladangan dan komoditi.