Bekalan air di Melaka hanya boleh bertahan sehingga 29 Mac dan catuan dijangka dimulakan selepas tarikh berkenaan sekiranya musim kemarau berlarutan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, menerusi pelan kecemasan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Melaka masih boleh menampung keperluan 105 juta gelen air sehari.