Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan negeri meningkatkan prestasi penggunaan dana pemberian perbelanjaan penyenggaraan jalan negeri (pemberian marris).
Ini kerana peruntukan besar yang disediakan kerajaan persekutuan untuk memastikan kualiti dan kemudahan jalan raya yang selesa kepada rakyat tidak digunakan sepenuhnya.