Kerajaan Negeri Terengganu akan terus memberi fokus dalam memajukan masyarakat di kawasan pendalaman menerusi pembabitan pelbagai pihak serta sokongan badan korporat.
Menteri Besar,Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ramai di kalangan mereka yang berasal dari kawasan hulu dungun kini mampu memegang jawatan tinggi termasuk menjadi pemimpin.