Polis Diraja Malaysia kini siap sedia dalam memastikan kelancaran proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian, esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menasihati orang ramai terutama penyokong parti bertanding tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan proses demokratik itu.