Sejak lima tahun lalu, penduduk di tiga buah kampung di Pos Bihai, Gua Musang sengsara apabila jambatan yang menghubungkan pekan utama runtuh.
Masalah berkenaan menyebabkan lima ratus orang penduduk di Kampung Lalok, Kampung Tameng dan Kampung Sau terpaksa menggunakan rakit bagi mengharungi Sungai Panis.