Tiada ladang babi haram di Bukit Pelanduk

2017-12-06 1

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, JPVNS tidak menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di negeri itu terutama di kawasan Bukit Pelanduk, Port Dickson. Jabatan itu bagaimanapun ada menerima laporan mengenai penyembelihan babi secara haram dan tindakan penguatkuasaan sudah diambil terhadap penternak ingkar.