Hari ini, satu sejarah telah dilakar membabitkan Entiti Bangsamoro apabila perjanjian damai ditandatangani di Manila.
Kumpulan pemisah Islam terbesar Filipina, Barisan Pembebasan Islam Mindanao MILF, memeterai perjanjian damai dengan kerajaan Filipina di Istana Malacanang.
Majlis disaksikan Malaysia sebagai perantara proses damai yang menamatkan konflik berdarah selama tiga dekad di selatan Filipina.