Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan parti itu di Teluk Intan disifatkan sebagai petanda bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN semakin kukuh. Pada masa sama katanya, walaupun memperoleh majoriti kecil, namun kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong menjadi detik kebangkitan parti gerakan.