Kejayaan Barisan Nasional, BN merampas semula Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil itu tidak boleh dipandang remeh. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melihat ia sebenarnya merupakan satu kejayaan besar kerana berjaya mematahkan majoriti yang dipegang DAP sebelum ini.