Maya Karin sorok kisah peribadi

2017-12-06 1

Aktres cantik, Maya Karin mengakui dia lebih selesa membiarkan identiti kekasihnya menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

"Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting.

"Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial," ujar penyanyi berusia 35 tahun itu.