Penganut Syiah Immamiah Jaafariah didakwa akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang pada penghujung Mei ini. Bimbang akan dakwaan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Daerah Pendang, Mohamad Fadzil Zolkipli tampil membuat laporan polis sebagai langkah awal menyekat penganjuran perhimpunan berkenaan.