Almarhum Sultan Azlan Shah sangat instrumental kepada pembangunan sekolah agama rakyat di Perak, terutamanya Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Madrasah itu diwujudkan daripada wakaf nenda almarhum Sultan Azlan Shah iaitu Sultan Idris I.
Apabila naik takhta pada 1985, baginda menitahkan supaya madrasah yang uzur dan hidup segan tidak mahu itu dihidupkan semula dengan pendekatan moden dan menawarkan subjek mengikut sistem persekolahan negara.
Pengetua madrasah itu sekarang, Khairul Anwar El Syazalli
adalah anak kepada Ustaz Musa Zainuddin, pengetua yang menerima dan melaksanakan titah tuanku itu.
Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.