Pelan catuan air yang dilaksanakan secara berperingkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Februari lalu akan dihentikan serentak di semua kawasan bermula 1 Mei ini.
Perkara itu disahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, semua kawasan yang terbabit dengan catuan air akan memperoleh bekalan seperti biasa bermula esok atau selewat-lewatnya jumaat ini bagi kawasan bertekanan rendah.