Kira-kira 40 petani di beberapa kampung di Hulu Setiu, Terengganu mendakwa kerugian lebih setengah juta ringgit akbat ancaman gajah liar sejak tiga tahun lalu. Kampung terbabit termasuk Hulu Seladang, Kampung Che Long, Kampung Sri Bayas, Kampung Besut, Kampung Padang dan rancangan tanah berkelompok (RTB).