Seorang pemilik syarikat bot ekspres 'Kawan Mas', bot ekspres yang karam di sungai Rajang 28 Mei tahun lalu, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan diesel bersubsidi.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri, Datuk Bahri Mohamad Zin memaklumkan, penahanan itu susulan hasil siasatan unit risikan sprm selepas bot yang membawa 222 penumpang dalam perjalanan dari bakun di pekan Belaga menuju Kapit itu karam, menyaksikan tiga penumpang maut.