Data pemantauan awal yang diteliti Pentagon menunjukkan pesawat MH370 yang hilang, tidak meletup di kawasan perairan Laut China Selatan. Maklumat itu diperoleh berdasarkan sistem pengesan khusus yang tidak mengesan sebarang aktiviti letupan di kawasan terakhir pesawat dilaporkan hilang. Kenyataan Pentagon itu bagaimanapun belum dapat disahkan.