Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul khas di Dewan Rakyat hari ini bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat MH370.
Menurut Najib, usul di bawah peraturan mesyuarat 27(3) itu turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.