Sindiket wang palsu tumpas, RM 30 juta dirampas

2017-12-06 1

Polis Selangor berjaya melumpuhkan sindiket wang palsu terbesar di negara ini dengan nilai dianggarkan RM 30 juta.

Seorang lelaki warga Iran yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan "Black Money" itu turut ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Sentul kira-kira jam 3 petang Rabu.