Tidak sangka kakak ipar antara yang terbunuh

2017-12-06 3

"Saya tidak sangka tiga beranak yang maut dalam kemalangan ngeri itu ialah adik ipar saya bersama dua anaknya."

Itu luahan kakak ipar kepada ibu tunggal yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 7.1 jalan Pontian Besar Parit Sikom malam Isnin.

Allahyarham Roslina Mangil, 29 tahun turut meninggalkan anak bongsu berusia lima tahun.