Scania utamakan ciri-ciri keselamatan bas ekspres

2017-12-06 1

Pengeluar kenderaan komersil SCANIA berkata, bas ekspress keluaran syarikatnya dilengkapi ciri-ciri keselamatan sesuai dengan keadaan jalan raya di Malaysia.

Pengurus pra-jualan dan pembinaan kejuruteraannya Tom Kuiphuis berkata, ia termasuk Program Kestabilan Elektronik (ESP) yang bertindak sebagai sistem bantuan brek mampu mengawal pemanduan kenderaan berat dengan lebih baik.