Pencarian MH370 yang memasuki hari ke-17 terarah kepada pencarian objek berdasarkan petunjuk imej satelit dari pelbagai negara. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pengesan kotak hitam atau Pinger Locater Hidrophones hanya akan digunakan setelah objek yang ditemui di perairan barat daya Perth,Australia disahkan sebagai serpihan pesawat MH370.