Kitar semula sisa makanan

2017-12-06 2

Setiap hari dianggarkan kira-kira 15 ribu tan sisa makanan dibuang ke tapak pelupusan sampah di Malaysia. Jumlah itu cukup untuk mengisi tujuh setengah padang bola. Untuk mengurangkan sisa buangan, Universiti Malaya (UM) mengambil inisiatif mengkompos sisa makanan menerusi program skim pengasingan sisa makanan. Laporan penuh bersama wartawan Tan Su Lin.