Perkembangan DUN Sungai Limau - Aizat Shariff

2017-12-06 0

Provakasi-provokasi kecil berlaku tetapi tiada insiden teruk seperti pergaduhan di dua kawasan pengundian di Sungai Limau iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan Sekolah Menengah Agama Nahdzah.

Wartawan Astro AWANI Aizat Shariff juga melaporkan bahawa kadar peratusan yang keluar mengundi pada jam 11.30 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar adalah melebihi 40 peratus dan dijangka akan meningkat. Calon PAS Mohd Azam Abd Samat dan isteri turut mengundi di sekolah ini.