Dua objek dikesan Australia petunjuk boleh dipercayai

2017-12-06 0

Misi mencari pesawat MH370 yang hilang dipertingkatkan dengan petunjuk baharu yang boleh dipercayai, susulan penemuan dengan dua objek dikenal pasti di selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan, di sebalik pelbagai petunjuk yang diperoleh sebelum ini, maklumat terbaru yang dikongsi Australia, merupakan petunjuk yang boleh dipercayai.